• Tetamu Setakat Ini

    • 1,903 hits
  • Tawarikh

    November 2009
    M T W T F S S
    « Oct    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  

raya 2009

hayi01

Alhamdulillah, dalam kesuntukan dan notis yang singkat perjumpaan raya otai sdpb dapat juga di adakan pada raya ke tiga selasa 22 September 2009, kat rumah aku, kg baru. Terimakasih kepada yang sudi meluangkan masa bertemu sejenak kawan lama. Juga maaf kepada kenkawan yang tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Ada ke duduk kat ceruk dapur aje…
Terimakasih banyak kepada Aziz Salikin, Atan Shahori, Roslan, Lajakarek, Rahman [ngko punya roti sedap daa...], Nahar, Pai [Zulkifli Salleh], dan Ghani, ops tidak ketinggalan Norzehan…
Yang tidak dapat hadir pada saat akhir, ada urusan yang tidak dapat dielakkan, Zamri, Othman, Ayip [Zulkifli Bedran] dan orang oversea kita, Tojo [sangkut kat Muar ya Jo...alahai...]
Anyway, syukran kepada semua. Insyaallah di lain kesempatan kita jumpa lagi dengan venue dan acara yang lebih meriah.

[+ email dari abdul hayi - sori for d late posting]

venizia day 1

(insert gondole)

Assalamualikum

Ini pulak gambar-gambar masa hari pertama kami di Venice….satu perkara yang tak bolelh kami lupa ialah betapa MAHALNYA tambang pengangkutan awam dan tempat parking dia…rasanya seumur hidup ini le yang paling mahal pernah kami rasa….kena pulak bila kami pergi tanpa maklumat yang lengkap…apa lagi rugi banyak le.

Kami tiba di hotel dalam pukul 2.30 …selepas makan bekalan dan jamak sholat kami pun bertolak ke pulau Venice nih…hotel kami di tanah besar macam kat jb dan venice macam spore le senagn crita…melalui jambatan yang juga macam tambak johor. Seperti yagn diberitahu oleh pihal hotel tempat letak keta memang tersergam besar sebaik sahaja lepas jambatan….tempat nih namanya piazella roma…..stesyen keteapi…bus  …teksi semua kat sini le ….kami pun masuk le…sampai sini dalam pukul 4 petang. Tengok-tengok parking bukan ikut masa tapi per entry dan size kenderaan….keta kami kena 26 euro.

Lepas tuh cari tiket bus air pulak….satu kepala kalau 24 jam punya 18 euro…12 jam 16 euro…tiket sehala pulak 6.50 sehala……kira le kalau dah ahli rombongan serami 5 ornag…baby tak kena…mahal gila tuh…sudahnya kami beli tiket sehala dan kami tuju ke San Marco…tempat paling glamor kat venice nih kalau ikut maklumat….perjalanan dalam 40 minit…sementara nak tunggu bus air…atau ferry nih…suasana makin dah dekat nak maghrib…so sempat le ambil gambar matahari terbenam kat venice…he,he,he…dan kami sampai ke san marco memang dah gelap….

Dapat le ke dataran san marco yang kononnya antara tercantik didunia…dan tengok bangunan-bangunan lama yang penoh dengan artisticnya…memang pelik jugak le sebab semuanya dibina beratus-ratus tahun yang lalu….dan bahan mentah perlu diangkut dari tanah besar tentunya…cuma sayangnya…kamera digital kami tka dapat merakamkan keindahan suasana waktu malam nih….tak boleh zoom.

Nampak jugak le gondolla yagn beroperasi di sungai-sungai kecil dicelah-celah bangunan nih…tapi kami tak naik pun…selain mahal agak mengerikan jugak tengok dia terhoyong hayang kena gelombang…….tak tau kenapa glamor sangat gondolla nih padahal rupa dia macam sampan je kalau kat malaysia tuh…tapi operator dia memang dressing smart le.

Di venice nih pulak terkenal dengan glass dia …berbanding kristall kalau kat austria,,,hungary dan czech republic….dan dikenali sebagai murano glass…mengambil sempena pulau murano tempat glass nih di keluarkan…

Pusing-pusing dah dataran nih dah lebih kurnag pukul 9 malam…kedai pun banyak yang dah tutup…dah le kesejukan sebab masa siang panas…kami pun tak pakai jacket….budak -budak pulak nak terkencing….nak cari toilet punya le susah….bila jumpa sekali lagi kami terkejut…euro 1.50 per entry…

Sebagai penutup untuk meningalkan San Marco nih kami pun pekena ais krim…yang dari mula sampai lagi kami dah jeling-jeling dan tanya kat hotel..tapi meamng tak de kedai yang favourite kata dia ornag…semua best….all italian ice cream is the best….katanya…

Pukul 9.30 kami pun naik bus air menuju ke piazella roma selepas membayar 26 euro lgi tambang sehala…bayar parking 26 euro…dan balik kehotel….terbang le 78 euro pada petang tuh cuma untuk tiket ferry dan parking….dengan sedikit pengajaran …kalau nak kesini kena make sure full day…..bersambung ke day 2….

Breakfast in Venice Lunch in Pisa

(insert tojo visits pisa)

Assalamualikum semua.. apa khabar harap semuanya sihat walafiat

camana dengan cuti-cuti malaysia yang lalu sempena dengan cuti sekolah……macam-macamkan…….ada yang kebanjiran udang……ada yang survey port baru nak tengok anak bulan kat tepi highway……ada yang berbulan madu dan memacam lagi…harap-harap semuanya bermanafaat dan menceriakan selain menambahkan keakraban ahli keluarga.

Awal bulan yang lepas teman pun sempat bercuti ke Italy sambil sambut birthday isteri tercinta…bertolak subuh sabtu dan tiba semula ke Vianna dinihari selasa…..aduh mak…letih tak terkira…..tapi demi isteri tercinta kugagahkan jua…yelah apa lagi yang mampu nak disumbangkan…dah le perbelanjaan ditanggung sendiri oleh birthday girl….dapat sumbang tenaga jadile….he,he,he.

Perjalanan dalam 2000 km merentasi sebahagian banjaran Alps yang masih diseliputi salji
di kebanyakan puncaknya. Keluar masuk puluhan tunnel yang tak sempat nak kira banyaknya…memang mencabar….dah le gitu tunnel tu tak mendatar dan lurus macam tunnel genting sempah dan kat ipoh tuh…berselekoh dan turun naik kat dalam tuh…memang ngeri jugak rasanya…tapi bagi bmw…porshe merz dan yang sewaktu dengannya berdesap desup…naik kecut perut aku dibuatnya….yelah dah kampung dia lekatakan…..tapi pengalaman kerja kat lebuhraya memang membuatkan aku tak berani nak speed sangat kecuali jalan lurus. itupun takat 140 je….teringat pesanan lecturer masa kat itm dulu….salah satu doa kata dia mintak jangan mati kat negeri orang kafir.

Pemandangan memang menawan hati….Allah huakbar……selepas 6 jam dan membayar toll sebanyak hampir 20 euro kami tiba kedestinasai pertama iaitu venizia…atau venice….tapi crita venice ni kemudian…le…sebab nak crita dulu pasal Pisa leaning tower sebab dah tulis tajuk macam tuh…he,he,he

Hari kedua lepas sarapan pagi dan puas ber bonjourno( selamat pagi le gamaknya) dengan orang sekeliling kami pun bertolak ke Pisa. Sekali lagi melalui banjaran gunung dan puluhan terowong yang leibh mencabar….selepas 4 jam dan melalui pinggir bandar Florence kami pun tiba ke destinasi seperti yang diarahkan oleh navigator dan sekali lagi membayar toll sebanyak juga hampir 20 euro…terasa macam kat melaysia pulak…ambil kat dan bayar bila nak keluar.

Kota lama….ramai ornag tapi tak nampak pun tower….setelah puas bertanya baru le ada sornag yang paham bahasa inggeris…dan menunjukkan menara yang macam nak tombang. Setelah puas cari tempat meletak kereta …pekena roti dan air kotak( lunch le tuh) kami pun menapak kearah kota lama nih….dan ini lah serba sedikit kenangan yang dapat dikongsikan bersama…kalau dulu pernah jugak berposing kat menara condong telok intan macam en me…kali ini teman sekeluarga berposing kat menara pisa le pulak….Syukur pada ALLAH yang beri peluang.

Cuma bezanya kalau kat telok intan sebab kecondongan menara adalah disebabkan bom zaman jepun yag jatuh kat sebelah menara tapi kat Pisa nih pulak tak diketahui punca kecondongannya….tapi dari maklumat yang tertulis mungkin kerana kerja pembinaan yang tertangguh beberapa kali…

lagi satu menara ini adalah menara dalam kompleks gereja dan tak macam kat telok intan yang menempatkan tangki air dan jam besar

Ramai jugak yang sanggup nak memanjat menara nih…dah le kena bayar …kena tunggu lama pulak tuh…kita ornag takat berposing aje le…macam-macam sudut pandangan..dan aksi…pengunjung lain pun macam tuh ..ada yang bergaya nak tahan bangunan dari roboh…ada yang macam nak kena hempap dan memacam lagi…

selepas hampir 2 jam mengeliling dan berposing…dalam kehangatan dalam suasana spring kat italy walaupun kat vienna ornag semua berjacket winter…termasukle kita orang nih….dah macam orang tak bertamadun pulak sebab pakai jacket winter kat tampat orang cuma pakai jacket nipis…kami pun menyejukkan badan dengan ais krim….yelah dah kat italy…rugi le kalau tak pekena ais krim….

Lebih kurang pukul 5 kami pun bertolak balik ke Venizia dan tamat le misi bersarapan pagi di Venice dan lunch di Pisa untuk birthday girl….

(insert tojo holding the leaning tower tewww..)

Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Sekolah

Selamat menyambut 1 Muharram 1430 Hijrah. Semoga dengan semangat hijrah ini membawa kita lebih tabah menghadapi segala ranjau duri kehidupan, juga membawa kita ke arah hidup yang lebih selesa, aman damai, selamat, sihat, diberkati dan sentiasa mendapat Hidayah Allah swt. Yang penting menjadikan kita lebih baik dan beriman dari semalam, lebih dekat dengan Tuhan, lebih memahami Islam dan lebih banyak beramal, insyaallah.
Tidak lupa selamat mendapat Bonus, [orang macam aku, tak merasa lagi bonus2 ni] juga habiskan bonus dengan peruntukan untuk anak2 kembali ke sekolah.
- Email dari alhayie.com

pig skin handset cover

(insert phone cover)

Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit. Tolong check that
cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan
beli.
Itu adalah kulit babi. One of my friend beli phone cover ni di Jalan
Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian
dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahih lah ianya dari kulit
babi. Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone
cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan
phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar.

Dari situ, boleh lah kita membuat andaian bahawa, phone cover kulit babi
ini dah meluas dipasaran. Di harap kawan-kawan dapat mengelakkan diri
dari membeli phone cover jenis kulit ini…. Sebar sebarkan berita ini
kepada umat Islam yang lain supaya kita tidak terjebak dengan membeli
barangan dari kulit Babi….

(insert handphone cover)

- email dari abdul rahman abu

Balik Kg

(insert nissan grand livina))

nissan grand livina, agn 6670

Alhamdulilah aku dapat balik kg pada isnin 24 November hingga 27 november, bertemu ahli keluarga.. 24 tu tido melaka, esoknya balik pontian tengahari terus tepi laut makan nasi ayam goreng ngan keluarga, masih tempat lama, cuma persekitarannya dah berubah.Pasar Tani tempatnya diganti dengan bangunan MDP baru tersergam indah (gambar 1 diambil dari Jabatan Pendaftaran Negara),Pi tepi laut, tempat yg ada jual cendol dan makan2 sebelah malam dah berubah cantik….. tapi melayu terpinggir, kedai makan malam dibuka ditengah2 kedai yang ada kedai makan Monggo Mampir tu,kasihannnnn.pasar tani dah ubah kat antara tepi stadium dengan masjid…..Tak tahulah perancangan untuk melayu camna,, katanya stesen bas akan pindah ketempat baru,maka x de orang akan pi stesen bas baru,
Batu 36 jalan johor dah ada econsave,so org tak pi la tepi laut yang dulu2 tu….. sedih akuuuuu. Gambar akhir tu Pulau Pisang masa Pontian air pasang…..

(insert pontian johor)

- email dari shahori md esa

dania’s 1st birthday

(insert damia anak tojo)

apa khabar…harap semuanya sejahtera disamping kelaurga dimusim cuti-cuti malaysia tuh…kalu ada yang dapt kepurtusan upsr anak tuh harap dapt terima dengan redha…

Kalau balik kampung tuh kirim salam pada ahli keluarga yang kenal kat si tojo nih….

Pejam celik pada khamis lepas dah pun setahun anak kelahiran vienna nih….tengok le keletah dia….nak snap gambar yang cantik pun susah….so aku hantar aje le semua…boleh kan….

[+ damia's born LINK ]

apai in pj

(insert apai n hayi)

Kelmarin haku dapat sms dari haji hayi yg itu. Bilang Apai (zulkiflee_salleh @ celcom.com.my) ada seminar di PJ. Haji ambil haku dan Apai kat Crystal Crowne Hotel dan kami terus ke Kelana Jaya Seafood. Sambil makan-makan dan borak-borak.

Itu saja masterjie melaporkan.

testimonial for alhayi.blogspot.com

goldishazy

On the next day, i attended the ceramah CIDB (Construction Industry Development Malaysia) by MR Abdul Hayi Bin Md Noh for my ‘GREEN CARD’..as i have my practical trainin next sem, this ceramah (ceramah o kursus hah? ermm..dunno..wuteva) s very important bcoz if x pegi ceramah=no ‘GREEN CARD’=can’t enter the construction site=kesiannn..ish ish ish~~ seriously bezzz bcoz Mr Abdul Hayi is AWESOME!!! He’s a very funny n slumber yaya man..For more info bout Mr Abdul Hayi, feel free to visit his own blog at alhayi.blogspot.com..at the end of it, finally we gt our own ‘GREEN CARD’ n safety helmet..Bezzz wooo, boh jeles..hihihi! ” [+ goldishazy ]

- tadi haku perasan ada orang cari blog aji ayi sampai ke blog haku yg itu.. anyway, tahniah buat alhayi.blogspot.com, semoga terus mencapai kejayaan..

- masterjie

email dari md nor shamat

Husband Dr Patmawati tu adalah cik gu aku dan Dr patma masa di Sek Men Benut dulu.

Cikgu Harun tu dah “eyeing” Dr Patma sejak zaman sekolah lagi…..akhirnya bertemu jodoh jua…bak pepatah “tak kan lari gunung dikejar” – “jodoh dan pertemuan di tangan tuhan” – “ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua”….DAN akhirnya mereka menjadi pasangan bahagia umpama ombak dan pantai yang tak dapat dipisahkan. Bertuah Dr Patma kita ni kerana mendapat suami yang baik…..(sorrylah lah Dr Patma, bercerita sikit cerita lama…he he)

- Md Nor