• Tetamu Setakat Ini

    • 1,903 hits
  • Tawarikh

    March 2009
    M T W T F S S
    « Dec   Oct »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  

Breakfast in Venice Lunch in Pisa

(insert tojo visits pisa)

Assalamualikum semua.. apa khabar harap semuanya sihat walafiat

camana dengan cuti-cuti malaysia yang lalu sempena dengan cuti sekolah……macam-macamkan…….ada yang kebanjiran udang……ada yang survey port baru nak tengok anak bulan kat tepi highway……ada yang berbulan madu dan memacam lagi…harap-harap semuanya bermanafaat dan menceriakan selain menambahkan keakraban ahli keluarga.

Awal bulan yang lepas teman pun sempat bercuti ke Italy sambil sambut birthday isteri tercinta…bertolak subuh sabtu dan tiba semula ke Vianna dinihari selasa…..aduh mak…letih tak terkira…..tapi demi isteri tercinta kugagahkan jua…yelah apa lagi yang mampu nak disumbangkan…dah le perbelanjaan ditanggung sendiri oleh birthday girl….dapat sumbang tenaga jadile….he,he,he.

Perjalanan dalam 2000 km merentasi sebahagian banjaran Alps yang masih diseliputi salji
di kebanyakan puncaknya. Keluar masuk puluhan tunnel yang tak sempat nak kira banyaknya…memang mencabar….dah le gitu tunnel tu tak mendatar dan lurus macam tunnel genting sempah dan kat ipoh tuh…berselekoh dan turun naik kat dalam tuh…memang ngeri jugak rasanya…tapi bagi bmw…porshe merz dan yang sewaktu dengannya berdesap desup…naik kecut perut aku dibuatnya….yelah dah kampung dia lekatakan…..tapi pengalaman kerja kat lebuhraya memang membuatkan aku tak berani nak speed sangat kecuali jalan lurus. itupun takat 140 je….teringat pesanan lecturer masa kat itm dulu….salah satu doa kata dia mintak jangan mati kat negeri orang kafir.

Pemandangan memang menawan hati….Allah huakbar……selepas 6 jam dan membayar toll sebanyak hampir 20 euro kami tiba kedestinasai pertama iaitu venizia…atau venice….tapi crita venice ni kemudian…le…sebab nak crita dulu pasal Pisa leaning tower sebab dah tulis tajuk macam tuh…he,he,he

Hari kedua lepas sarapan pagi dan puas ber bonjourno( selamat pagi le gamaknya) dengan orang sekeliling kami pun bertolak ke Pisa. Sekali lagi melalui banjaran gunung dan puluhan terowong yang leibh mencabar….selepas 4 jam dan melalui pinggir bandar Florence kami pun tiba ke destinasi seperti yang diarahkan oleh navigator dan sekali lagi membayar toll sebanyak juga hampir 20 euro…terasa macam kat melaysia pulak…ambil kat dan bayar bila nak keluar.

Kota lama….ramai ornag tapi tak nampak pun tower….setelah puas bertanya baru le ada sornag yang paham bahasa inggeris…dan menunjukkan menara yang macam nak tombang. Setelah puas cari tempat meletak kereta …pekena roti dan air kotak( lunch le tuh) kami pun menapak kearah kota lama nih….dan ini lah serba sedikit kenangan yang dapat dikongsikan bersama…kalau dulu pernah jugak berposing kat menara condong telok intan macam en me…kali ini teman sekeluarga berposing kat menara pisa le pulak….Syukur pada ALLAH yang beri peluang.

Cuma bezanya kalau kat telok intan sebab kecondongan menara adalah disebabkan bom zaman jepun yag jatuh kat sebelah menara tapi kat Pisa nih pulak tak diketahui punca kecondongannya….tapi dari maklumat yang tertulis mungkin kerana kerja pembinaan yang tertangguh beberapa kali…

lagi satu menara ini adalah menara dalam kompleks gereja dan tak macam kat telok intan yang menempatkan tangki air dan jam besar

Ramai jugak yang sanggup nak memanjat menara nih…dah le kena bayar …kena tunggu lama pulak tuh…kita ornag takat berposing aje le…macam-macam sudut pandangan..dan aksi…pengunjung lain pun macam tuh ..ada yang bergaya nak tahan bangunan dari roboh…ada yang macam nak kena hempap dan memacam lagi…

selepas hampir 2 jam mengeliling dan berposing…dalam kehangatan dalam suasana spring kat italy walaupun kat vienna ornag semua berjacket winter…termasukle kita orang nih….dah macam orang tak bertamadun pulak sebab pakai jacket winter kat tampat orang cuma pakai jacket nipis…kami pun menyejukkan badan dengan ais krim….yelah dah kat italy…rugi le kalau tak pekena ais krim….

Lebih kurang pukul 5 kami pun bertolak balik ke Venizia dan tamat le misi bersarapan pagi di Venice dan lunch di Pisa untuk birthday girl….

(insert tojo holding the leaning tower tewww..)

One Response

  1. Tahniah la jo semoga perjlan ko dan keluarga akan terus menaikkan iman dan amal. kami sekeluarga doakan kesejahteraan kalian… seronok jalan tempat orang, tapi aku dah lama tak balik Pontian pun masih ingat kan mee bandung, nasi ayam goreng, lontong, rojak kat Pontian tu….apa lagi kau dan keluarga…..

    Kau cuba2 la carikan aku radio amatur yng best sikit, aku dah ada lesen…handy pun jadi la…kenangan…. kami guna frekuensi 140.00 – 150.00 Mhz aje…

Leave a Reply