Posted on October 30, 2008 by exsdpb
Salam semua, ari tu sempat aku singgah umah Dr Patmawati di Pucong Utama. Maklumlah hampir 20 tahun lebih tak jumpa suprise jugaklah. Rupa-rupanya Dr Pat bertemu jodoh dengan cik gunya sendiri yang sekarang bertugas sebagai Guru Kaunselor di Sekolah Taman Medan. Seronok jugak kembalikan cerita nostalgia lama. Suami Dr Pat ni kawan baik dengan Arwah Cik Gu Sakih. Memanglah peramah dan baik. Daptlah rasa soto buatan Dr Pat he he.he. Itu saja dari KTMB untuk Ex SDPB…Pasti Gamat!!!<
- suhaimi
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on October 30, 2008 by exsdpb
Buat rakan-rakan semua. Saya akan balik bercuti tak lama lagi..17 Nov hingga 24 Dis ke Johor. Banyak masa akan dihabiskan di Kulai Johor. Mana-mana rakan yang ada di Johor waktu cuti tu bolehlah hubungi..dapat berjumpa. Tahun ni relax sbb tak ada anak yang exam. Tahun depan anak yang sulung duduki SPM…baru sedar diri dah ada anak bujang rupanya
-nakamura narita
btw, haku tak kenal nakamura nih sebenarnya nama saper? please intro..
-masterjie
Filed under: FRIENDS | 1 Comment »
Posted on October 30, 2008 by exsdpb
alhamdulilah aku sihat aje cuma bini aku lepak, kami pi Temerloh,Pahang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu,kelantan sempena cuti deepavali dari jumaat hingga isnin, seronok gak jalan2 ni…Sambil tu beri taklimat database Pasti kepada pengerusi Daerah….lawati [+ pastipusat.blogspot.com,] ada cerita sikit…
Kalau nak buat famili day ok gak, duit banyak dah kumpul, bonus jualan, bonus kerja, bonus gaji semu ada, kalau tak nekad tak kan jadi, so kalau hayi jln2 tu ada tmpat menarik, boleh lah kita pi, dapat tidur 2 malm pun ok gak…
- email dari atan [+ blog pasti ]
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on October 30, 2008 by exsdpb
Wah seronok berjalan2 ke Ayer Keroh tu, semua berdekatn, zoo, tmn boya, rum m’sia, kfc, hutan, ular… sedia duit ajelah, tambah seronok bila jumpa kwn lama…
Aku kini di tepi Pantai Balok, Kuantan Pahang sambil mengadap pantai, mendengar desiran ombak Laut Cina Selatan, hembusan bayu sesekali menyapa, waduhhh. Selama 3 hari di sini dari 29 hingga 31hb ni melayan student ILP Kuantan. 1 Nov di Poly Behrang dan 2hb melayan mat Bangla kat Lukut, NS. Seronok juga tengok Sungai Karang ada disini. Sungai Karang adalah tempat kelahiran aku. Dari rumah aku kat kg tu, masuk dalam lagi akan jumpa Permas Hulu, kemudian Sungai Karang, Belokok dan terus lagi boleh tembus Pekan nenas. Besar juga jajahan Sungai Karang ni sampai ke Pahang…
Apa cerita kenkawan yg lain… nak akhir tahun ni. Tentu sibuk dengan anak2 yg nak final exam. UPSR dan PMR dan lepas, menanti SPM plak. Apa rancangan cuti sekolah, tak nak buat family day ke, dah lama di idamkan ni…Tapi kos besarlah, sebab kena keluar ongkos sendiri, kalau company punya, cuma bawa diri aje…
OK renung2kan dan selamat beramal…
dari email alhayi.. [+ alhayi blogspot ]
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on October 28, 2008 by exsdpb

Hari ini pagi selasa, hariraya aidilfitri yg ke dua puluh tiga lapan kan..
Haku cuma nak update sikit aktiviti minggu lepas..
Hari ahad yg lepas, haku pergi rumah open house abd rahman abu di pasir gudang.. cikgu siti pun ada juga..
Semalam, hari deepavali, haku pergi melawat anak haku di matriks londang melaka. Sebelum itu, haku singgah di MITC, tengok pameran mahkluk asing aliens gitu.. Lepas itu, haku pergi ke taman rama-rama, dimana haku berjumpa sahabat kita, encik osman markom yg itu..
sekian, masterjie melaporkan..
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on October 22, 2008 by exsdpb

Assalamualikum semua…senyap aje semenjak aidi fitri nih…almaklum dah 20 hari lebih raya sakan…mungkin ada yang bertambah SIHAT…tapi jangan lupa reservekan 6 hari tuh….walaupun aku pun baru dapat 2 hari setengah…
camana dengan gatahering raya lagi…. takkan cukup takat kat penerok tuh aje……
ok lah bersama nih aku sertakan gambar masa pagi 1 syawal hari tuh untuk upkan lagi semangat syawal yang dah kepenghujung nih…gambar ni masa kat islamic zentrum bersama ketua pangarah agency nuklear malaysia…Datuk Dr Daud Mohamad pengarah kanan Dr Mohamad Lebai Juri dan pengarahnya…En Hasmadi Hassan yang terpaksa berhariraya diperbatasan demi negara tercinta…dia orang ada general konference IAEA kat sini dalam minggu raya tuh……tapi best le pulak bagi aku semua sebab ramai le sikit ornag malaysia kat sini…ok le nak gi jemput anak aku kat sekolah…esok sambung lagi…
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on October 22, 2008 by exsdpb

Semalam haku jumpa kawan sekolah lama di Mid Valley Megamall Shopping Center. Dzulkhairi Hassan dari Sekolah Sri Perhentian. Dia pernah sekolah dato’ sekejap masa tingkatan enam sebelum melanjutkan pelajaran ke oversea.
Kebetulan juga, kawan lama kita, saudara Abu Supian yg mana lagi juga adalah sub-kontraktor tempat beliau bekerja di Yong Peng. Kan Supyan kan?
- masterjie
Filed under: Uncategorized | 4 Comments »
Posted on October 5, 2008 by exsdpb

atas kiri: roslan dan ayip
atas kanan: mail daud dan anak Rahman Abu
bawah kiri: mustafa kamal dan ayip
bawah kanan: roslan dan ayip
Alhamdulillah program gathering raya 08 telah berjaya juga dibuat walau confirmationnya agak terlewat. Semoga masing-masing juga selamat sampai ke destinasi untuk menyambung tugasan.
Atan hadir dengan anaknya. Disusuli Uluk juga hanya bawak anak sorang. Mail Daud untuk pertama kalinya datang sekeluarga. Seperti biasa Rahman & Norzehan anak beranak tidak pernah ketinggalan. Ahh siap bawak ketupat palas, rendang kambing dan puyuh lagi. Kemudian kami sembang2…
Bermula dengan Tahlil untuk arwah2 guru dan rakan yang telah pergi dulu. Tiba pula Ayip [Zulkifli Bedran] bersama keluarga dan Roslan, datang sorang aje. Kedua2 rakan kita ini merupakan tokeh air….juga pertama kali ikuti perjumpaan kita.
Selepas Tahlil, Ayip mengetuai selawat. Tengah makan2 soto dan berasak dgn rendang kambing tu, sampai pulak Nahar sorang. VIP hari tu, untuk pertama kali Tn Guru Besar [Guru yang Besar], Sdr Kamaruzaman? [Mail sebut nama ni, sampai dah lupa nama Ketua Pengawas sendiri, itu yang gelak sakan..] Sdr Mustafa kamal lah…..Betapa banyak cerita yg ingin dibualkan, tak pernah terhenti bualan, ada2 saja sejarah silam ingin disingkap dan pengalaman kerja yang ingin dikongsi…
Atas kesudian tuan2 datang ke perjumpaan kecil ini, aku rasa amat terharu dan berbesar hati. Maaf atas kekurangan dan semoga jumpa lagi di perjumpaan yg lebih besar, insyaallah. Terimakasih atas segalanya. – email dari alhayi
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on October 2, 2008 by exsdpb

Hariraya kedua belah tengahari haku pergi rumah si Atan. Atan rupanya dalam perjalanan dari tanjung tualang perak menuju ke kampong. Ofcoz, dengan nissan grand livina yg hitam menawan itu. Haku yg sampai dulu kat rumah bapak dia.
- masterjie
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »
Posted on June 13, 2008 by exsdpb
we welcome encek abu supyan to our group..
kalo ader gambor siler hantor kat masterjie yg ini..
Filed under: FRIENDS | Leave a Comment »